Sunday, February 5, 2012

Bengkel Gerak Baru

  
 Tarikh : 3-4 Mac 2012
Masa : 9 pg - 5 ptg
Tempat : 35-3, Jalan Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur, Malaysia
 
 
Ahli silat anda semakin berkurang? Mereka lari kepada Taekwondo atau Karate? Ibubapa tidak senang anak mereka belajar silat? Kewangan kelab semakin susut? Apa nak buat?

SMC mengambil inisiatif untuk mengasaskan "Bengkel Gerak Baru: Menggagahkan Jentera Silat". Isi kandungan bengkel dua hari ini:

Pembangunan Sumber Manusia
====================
1. Pembangunan jurulatih
2. Pembangunan murid
3. Acara keluarga
4. Pengucapan Awam

Pengukuhan Sumber Kewangan
====================
1. Penjanaan dana
2. Penulisan proposal penajaan
3. Penganjuran Kursus Awam
4. Bahan Bacaan
5. Aktiviti kemasyarakatan

Penyebaran Maklumat
==============
1. Pengiklanan & Branding
2. Pemasaran Facebook
3. Pembangunan kandungan & lamanweb
4. Hubungan dengan media

Selesai bengkel, penceramah akan mentor dan beri konsultasi percuma kepada setiap peserta selama 3 bulan untuk sama-sama membangunkan jentera penggerak silat mereka (gelanggang, persatuan kecil, akademi, dan lain-lain).

Bengkel ini dianjurkan dengan harga pengenalan RM100 seorang dan tertutup untuk 30 orang peserta sahaja. Tempat bengkel di Kuala Lumpur berdekatan hotel bajet, LRT Star, LRT Putra, Monorel dan KTM Komuter.

Pendaftaran awal sebelum 15hb Februari 2012 akan menerima diskaun 20%.

Profil Penceramah
===========
Mohd Nadzrin Wahab mempunyai pengalaman dalam promosi Silat Melayu sejak tahun 1997, ketika bertugas di majalah SENI BELADIRI dan berjaya menganjurkan pelbagai acara bengkel, kursus dan seminar beladiri. Beliau turut mengasaskan Silat Melayu Community dan Silat Melayu: The Blog yang mempunyai lebih 800 artikel dalam bahasa Inggeris mengenai silat.

Kemahiran beliau dalam pemasaran, pengiklanan, sebaran am dan jurulatih korporat dan silat akan dikongsi bersama peserta yang ingin mencari jalan mudah dan murah untuk mempromosi kelas atau gelanggang mereka dengan lebih efektif.

Untuk mendaftar atau bertanya, sila hubungi nadzrin@silatmelayu.org atau sms 016-3085 789.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP