Monday, August 31, 2009

Merdekakan Penulisanmu!

Salam merdeka ke-52 buat ahli AVA. Hampir beberapa bulan AVA ditubuhkan, banyak persoalan dan perkara yang timbul. Semuanya membuatkan AVA lebih matang dalam perjalanannya untuk berkongsi ilmu dan sama-sama belajar ke arah untuk mencari hala tuju dalam penulisan. Selama itu juga, sebagai editor saya melihat perkembangan yang agak baik dari segi penggarapan karya. Meskipun masih ada segelintir ahli yang masih leka dan tidak serius dalam menangani masalah penulisan, namun AVA tetap bersyukur; kita sama-sama belajar, dalam mengaji, kita mengkaji.

Ada beberapa aspek lagi yang harus ditelitikan oleh ahli sebelum mengorak langkah lebih jauh dalam dunia penulisan. Meskipun sudah ada antara ahli AVA yang bergelar penulis secara 'rasmi' apabila karyanya diterbitkan, namun usaha dalam memurnikan lagi karya harus dipertingkatkan. Soal titik bengik seperti tanda bacaan, format dan sebagainya harus dimerdekakan agar tidak ada lagi karya ahli AVA yang tersangkut lama di tangan editor penerbit dek perkara-perkara tersebut.

Bagi ahli AVA yang masih belum diterbitkan atau masih 'sangkut' lagi karyanya di mana-mana syarikat penerbitan, harap dapat bersabar dan terus lestari dalam berkarya tanpa jemu. Jadikanlah karya rakan-rakan yang dierbitkan itu sebagai pemangkin dalam usaha untuk terus menulis. Medekakanlah perasaan kita dari pelbagai perasaan putus asa, jemu, malas belajar, lemah semangat, putus harap agar penulisan itu mendarah daging dalam nubari kita sampai bila-bila. Meskipun digeluti oleh tugasan pejabat, namun penulisan juga adalah jiwa kita. Tempat kita mencurah segala rasa, perasaan, pendapat, motivasi, emosi, rasional dan sebagainya.

Akhir kalam, bersempena bulan ramadhan yang mulia dan sambutan hari kemerdekaan 31 Ogos, marilah kita sama-sama berdoa agar kita terus memerdekakan diri kita dari pelbagai kesilapan dalam penulisan, dan tentunya memerdekakan diri kita dari nafsu amarah yang selama ini bersama kita sebelum ramadhan menjelang tiba. Amin, ya rabbal alamin.

Ya Allah, kuatkan semangat hati ahli AVA untuk terus berkarya,
Ya Allah, kuatkanlah hati kami dengan iman dan taqwa yang berpanjangan hingga ke akhir hayat,
Ya Allah, kuatkan ikatan persaudaraan antara ahli kami,
Ya Allah, jadikanlah penulisan sebagai medan untuk kami memperbesarkan-Mu, Ya Allah,
Ya Allah, lembutkanlah hati kami dengan ilmu dan nur cahaya-Mu yang gemilang,
Ya Allah, ampunkanlah guru-guru kami, kedua ibu bapa kami, anak isteri kami, rakan-rakan kami, musuh-musuh kami dan dosa kami sendiri Ya Allah,
Salam ke atas hadrat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para rasul, para nabi, para sahabat, tabie' dan tabien, para malaikat, para wali, para masya'ikh, guru-guru kami, para salikin, kedua ibu bapa kami, kaum muslimin dan muslimat dan diri kami sendiri.
Ya Allah, berkatilah hidup kami dunia akhirat,
Ya Allah, selamatkan kami dunia akhirat,
Ya Allah, selamatkan negara Malaysia, amankanlah negara kami, amin,
Al-Fatihah.

4 comments:

ahadancoach August 31, 2009 at 7:24 PM  

alhamdulilah...lafazkan merdeka mmg senang tapi tak semudah itu utk kita melakukan...hanya yang benar2 bersemangat dan mempunyai ilmu mampu untuk "merdeka"

Khar,  August 31, 2009 at 9:01 PM  

Lea - amin, amin.

Ahadan - ya, tidak syak lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP