Bengkel Penulisan Lirik - 13 Mei 2012
Ternyata bengkel ini punya peminatnya tersendiri. Meskipun sudah cukup kuota, ada yang meminta untuk menyertai, tetapi AVA terpaksa menolak atas permintaan Puan Habsah Hassan sendiri. Beliau mahukan peserta yang kecil untuk mendapatkan kualiti. Untuk itu, AVA memohon maaf kepada yang tidak dapat menyertai bengkel ini.
Pun begitu, kami bersyukur kerana bengkel yang sudah dirancang agak awal ini berjaya dilaksanakan dan mendapat respons yang baik dari para peminatnya. Dengan kredibiliti tenaga pengajar, Puan Habsah yang sudah berkecimpung 40 tahun dalam bidang ini, bengkel ternyata hidup dan bagaikan ada aura daya penarik yang sangat hebat.
Sedari awal lagi, peserta dapat menumpukan perhatian atas segala penerangan yang diberikan. Apa itu lirik? Mengapa mesti buat lirik? Bagaimana membuat lirik yang baik? Semua itu diterangkan dengan sejelas-jelasnya satu per satu.
Di waktu petang, latihan membuat lirik dijalankan. Dua peserta berkongsi cd yang mengandungi lagu, dan tugas mereka adalah untuk menghasilkan lirik. Ternyata para peserta dapat menyudahkan tugasan mereka, meskipun menghadapi kesukaran pada awalnya. Nampak mudah, tetapi tidak semudah itu mahu membuat lirik kiranya tidak punya ilmu.
Untuk itu, AVA mengucapkan tahniah kepada peserta yang hadir. Tabik - kepada Puan Habsah Hassan yang tenang dan berupaya menarik perhatian peserta hingga ke akhir. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
p/s : Akan datang, Insya-Allah akan diadakan lagi sekiranya tiada apa-apa aral.
- Sebelum ini, tarikh bengkel terpaksa ditangguh - klik sini.
- Iklan bengkel - klik sini.

0 comments:
Post a Comment