Friday, May 6, 2011

Bengkel Asas Fotografi Dengan LKIM - 4 Mei 2011

Sdr Nazir memberi penerangan

Julung-julung kalinya AVA mendapat jemputan dari jabatan Kerajaan untuk mengadakan bengkel asas fotografi bagi warga Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), di Menara Olympia, Jalan Raja Chulan. Tidak dapat dinafikan ini merupakan satu kemajuan bagi AVA apabila mendapat kepercayaan untuk mengendalikan bengkel ini. Harapan AVA agar ia menjadi titik permulaan bagi jabatan-jabatan Kerajaan mahupun swasta yang berminat untuk mengadakan mana-mana bengkel yang disenaraikan di sini.

Betempat di Menara Olympia, Tingkat 12 A, AVA dan sdr Nazir Azhari, selaku penceramah bersarapan lebih awal di tingkat 2. Apabila sampai masa yang dijanjikan, kami terus ke atas dan sesi perkenalan diadakan terlebih dahulu. Tidak bertangguh sesi pengenalan terhadapan gajet kamera dimulakan oleh sdr Nazir. Sebagai seorang yang mahir dalam bidangnya, AVA merasakan bahawa penerangan yang diberikan amat berguna kepada para peserta yang antara tugasan mereka adalah untuk melaporkan pelbagai aktiviti yang diadakan oleh LKIM.

sesi penerangan

Sesi teori diadakan agak lama dan memakan masa, namun peserta yang hadir terus memberikan tumpuan, kerana sesi praktikal akan diadakan di sebelah petang. Selagi tidak dapat, selagi itu tidak boleh balik, kata sdr Nazir. Tambahan pula sejak dari malam sebelumnya hujan turun hingga ke pagi, jadi sesi praktikal diadakan di dalam kelas sahaja, sambil menatap bangunan pencakar langit yang tinggi-tinggi.

Segala penerangan tentang kamera dan aspek-aspek teknikal diuruskan dengan baik oleh sdr Nazir. Kemesraan mudah dan cepat terjalin antara para peserta dan penceramah. Oleh kerana penceramah biasa mengadakan sesi ceramah atau bengkel, maka pendekatan yang dilakukan agak santai dan bersahaja. Cara ini dapat mengurangkan stres apabila peserta terpaksa memahami asas-asas kamera dan praktikalnya dalam masa beberapa jam sahaja. Keluar dari bengkel, mereka akan menggunakan ilmu yang diperolehi untuk manfaat dan kebaikan LKIM.

Kesungguhan dan iltizam yang ditunjukan oleh para peserta amat meyakinkan bahawa selepas dari bengkel ini mereka mampu untuk mengambil gambar dengan baik. Apabila sesi praktikal dijalankan, seorang demi seorang digesa oleh sdr Nazir untuk mengambil subjek yang berlainan dengan pendekatan yang berbeza-beza. Di situ, sdr Nazir memberi komentarnya - mana yang kurang dan mana yang perlu diperbaiki.

Praktikal 2 - sesi mengambil gambar ramai

Tidak cukup dengan itu, sesi bergambar ramai-ramai dijalankan dan peserta digesa sekali lagi untuk megambilnya. Kemudian komentar diberikan agar dapat memperbaiki dan memahami lagi aspek-aspek mengambil gambar dengan cara yang baik.

Akhir kalam, diharapkan peserta seramai lapan orang yang hadir dapat memanfaatkan ilmu untuk kegunaan dan manfaat warga LKIM seluruhnya. Terima kasih kepada LKIM yang memberikan kepercayaan kepada AVA untuk mengendalikan bengkel ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang menjayakan bengkel ini. Diharapakan AVA dapat bekerjasama dengan LKIM pada masa akan datang, amin.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP