Sunday, September 13, 2009

Novel Kanak-Kanak Dikehendaki (Siri Adiwarna)

Contoh kulit luar novel kanak bersiri : Nancy Drew dan Hardy Boys

Contoh kulit luar novel kanak-kanak terbitan Jemari Seni.
Sila klik laman web mereka di sini.
(tiga novel dari bawah)

Salam ramadhan.

Alhamdulillah, baru pagi tadi saya berhubung dengan pihak Jemari Seni (JS) berkenaan penghantaran manuskrip ahli AVA. Selain dari perbincangan tersebut, pihak JS memaklumkan mereka berminat / mencari manuskrip kanak-kanak (Siri Adiwarna) ala Enid Blyton / Nancy Drew / Hardy Boys disebabkan sambutan terhadap beberapa novel kanak-kanak yang diterbitkan oleh JS. Kepada ahli AVA, jangan lepaskan peluang ini untuk mengembangkan bakat anda. Ataupun mana-mana ahli AVA yang mempunyai simpanan / stok manuskrip kanak-kanak yang sesuai, sila hantar kepada kami.

Ciri-ciri yang dikehendaki :

1) Tiada isu cinta. Kisah pengembaraan, persahabatan, ala misteri, penyiasatan dan sebagainya yang sesuai dengan kanak-kanak berumur di bawah. (Ada nilai-nilai murni), Bahasa Melayu Tinggi.
2) Kategori : Kanak-kanak (9 - 14 tahun)
3) Muka surat : 150 - 200 m/s, Times New Roman, langkau dua, saiz font 12
4) Sila hantar kepada saya melalui emel.
5) Sila sertakan sinopsis bersama
6) Sila hantar biodata penuh anda
7) Sila hantar kepada saya HANYA manuskrip penuh untuk diuruskan.

Manuskrip perlulah diedit oleh penulis sehingga puashati, barulah hantar. Seperti biasa, untuk memudahkan tugas editor di syarikat penerbitan. Terima kasih.

- Khar -

p/s : Kepada yang bukan ahli AVA, sila berurusan terus dengan Jemari Seni.
Kepada mereka yang ingin mendaftar dengan kami, sila klik sini. Tiada tarikh luput setakat ini, selagi masih diperlukan. Terima kasih.

11 comments:

Ilmar Imia September 13, 2009 at 10:29 PM  

Ada deadline ke ataupun 2 tahun lagi pun boleh hantar? :)

AVA September 13, 2009 at 10:40 PM  

Ilmar - Tiada deadline, boleh hantar bila-bila masa. Abg khar tunggu.

Khar,  September 14, 2009 at 10:11 AM  

Jue - Suka eh? Siapkan cepat manuskrip yang tertangguh, hmmm... takka nak tunggu dua kali raya puasa baru siap?

(Gelak sambil mengangkat ibu jari!)

Jue September 15, 2009 at 12:20 AM  

waaaa...kalau yer pun perli la setakat raya haji je..waaaa..

Insyallah...tak lama lagi siap.(dengan muka yang penuh yakin)heheh.

Noor Suraya September 15, 2009 at 3:10 AM  

Khar,
Terima kasih kerana uar-uar di sini berkenaan isi Adiwarna.

Tahniah untuk Khar atas usaha membimbing golongan muda menulis :)

Noor Suraya
Jemari Seni

Khar,  September 15, 2009 at 6:16 AM  

Jue - hah, cerpen pun belum hantar!

Kak Suraya - terima kasih kembali kerana sudi berkunjung ke teratak kami yang serba sederhana ini.

Unknown September 15, 2009 at 8:28 AM  

okk..cerpen dah hantar punn..

Khar,  September 15, 2009 at 8:33 AM  

Jue - hehehe, tahu takut!

Fazl September 15, 2009 at 5:49 PM  

maaf abg khar. Kalau tak silap saya, rasanya gambar Nancy Drew & Hardy Boys tu utk siri TV, bukan novel.

Khar,  September 15, 2009 at 6:51 PM  

Ilmar - A'ah, untuk siri tv tu, tapi untuk hiasan sahaja. Ada gambar novel dia tapi tak berapa lawa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP