Tuesday, June 2, 2009

Panduan Memilih Penerbit

Dalam perihal memilih penerbit bagi menerbitkan manuskrip kita, kebanyakan penulis hari ini akan berhubung secara terus kepada editor bagi penerbit tersebut. Ada kala pemilihannya menjadi, dan ada kala penerbit yang dipilih terdiri dari kalangan penerbit yang tidak genuine dan bukannya player dalam industri penerbitan novel atau buku-buku umum. Apabila memilih player yang bukan bidangnya ini akan menimbulkan masalah di kemudian hari. Berikut adalah panduan yang perlu penulis fikirkan sebelum memilih satu-satu penerbit sekiranya mahu berhubung terus dengan penerbit. Ini cuma sebahagian dari panduan yang saya fikirkan dan mungkin bersifat subjektif dan boleh berubah-ubah.

i) Pastikan penerbit adalah benar-benar player dalam industri penerbitan novel, cth : Alaf21, KakiNovel, Jemari Seni dan sebagainya.

ii) Meninjau karya penulis yang diterbitkan samada berada di pasaran, di premis penjualan buku
(Itu pun ada juga penerbit yang tidak jujur melakukan penipuan!)

iii) Pastikan perjanjian telah ditandatangani dan paling PENTING adalah para penulis MESTILAH membaca word by word isi kandungan perjanjian tersebut serta memahami akan liabiliti kedua-dua belah pihak.

iv) Jangan pilih penerbit yang core business nya adalah penerbitan buku-buku teks.

v) Menghubungi rakan-rakan yang pernah menerbitkan novel dengan penerbit tersebut.

vi) Pastikan penerbit tersebut mempunyai blog/laman web dan aktivitinya sentiasa dikemaskinikan di laman web/blog tersebut.

vii) Fahamkan perkataan royalti itu samada dari harga selepas diskaun atau harga buku (tapi kebiasaannya adalah royalti dari harga buku)

viii) Pastikan anda sekali-sekala menghubungi editor penerbit tersebut samada melalui emel atau telefon untuk bertanyakan perkembangan manuskrip anda. (Jangan terlalu kerap menelefon mereka).

Ini adalah panduan sahaja, mungkin kiranya rakan-rakan mempunyai pengalaman dalam perkara ini, silalah berkongsi sama-sama untuk kepentingan penulis. Ataupun biarkan sahaja agensi ini menguruskan manuskrip rakan-rakan.

Artikel oleh Serunai Faqir

6 comments:

Ilmar Imia June 3, 2009 at 5:46 PM  

Mcm terkena je...huhu

'indah impian cintaku, realiti tak seharum yg ku impikan ker'na company tu HAMPEH!' :(

Ilmar Imia June 3, 2009 at 6:11 PM  

waktu tu saya terlalu naif dan tak kenal sapa2 dlm bidang ni. Bila ada org offer utk terbitkan novel, saya jadi excited tapi tetap ada ragu2. Tapi bila tnya kwn2 (bkn editor/penulis novel), diorang suh cuba (hampeh tol!). Tambahan pula, saya rimas apabila didesak oleh org company tu yg mahukan manuskrip saya. So saya hantarlah dengan harapan impian saya akan tercapai sebab selalunya saya yg approach syarikat penerbitan utk menilai karya saya tapi kali ni company ni syarikat tu sendri yg dtg kat saya. Tapi smua nya tak spt yg saya hrp kan. Saya langsung tak diberitahu tentang sebarang perkembangan berkaitan ngan manuskrip tu. Saya yg terpaksa call dan tanya. Pulak tu, nama panggilan watak cerita saya pun diorang ubah dan ada beberapa fakta yg diubah tanpa persetujuan saya. Saya sakit hati dan geram! Rasa nak bom je company tu...huh! Pasni saya nekad takkan hantar lagi manuskrip kat company ni.

Khar,  June 3, 2009 at 6:23 PM  

Bukan maksud untuk mengenakan sesiapa tapi cuma mengongsikan pengalaman kita untuk faedah bersama, kan? Itulah guna agensi ini, untuk berkongsi pengalaman dan pendapat dalam perihal untuk memartabatkan lagi para penulis.

Ilmar Imia June 3, 2009 at 9:06 PM  

Bole ke saya sebut nama publisher tu, Abg Khar? :D

Khar,  June 3, 2009 at 11:49 PM  

Ilmar - tak perlu. Kita menjaga kepentingan semua pihak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP