Friday, October 9, 2009

Warisan

Muat turun lagunya untuk kita renung-renungkan. Untuk kita yang selalu lupa.
Klik sini - Lagu Warisan


Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.
Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.

Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara

5 comments:

Salleh PB@KK October 9, 2009 at 9:46 PM  

Lama dah tak dengat lagu ni. Penuh nostalgia!
Teringat masa di sekolah dulu. Huhuhu...

Anonymous,  October 10, 2009 at 12:19 AM  

Ya,betul.Kali terakhie=r dengar lagu ni sewaktu umur 13 tahun(1983)

Lama tu.

Lagu ini sepatutnya dihyati oleh bangsa yang mengaku dirinya umat Melayu tanpa mengira anutan politik.

WLily

Khar,  October 11, 2009 at 7:13 PM  

Bro Salleh - kena dengar semula supaya naik balik semangat menulis.

WL - dah muat turun?

Wahyu Budiwa Rendra October 11, 2009 at 10:44 PM  

salam sdr.khar. terima kasih menulis semula lirik Warisan di blog ini. dan memberi pautan mp3nya sekali.

Khar,  October 11, 2009 at 10:47 PM  

WB Rendra - Salam kunjungan. Sama-sama, saya cuma salin dari blog orang lain. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP