Tuesday, October 13, 2009

Makluman Tentang Terbitan Kumpulan Puisi

Makluman kepada semua,

Saya baru mendapat maklumat dari rakan editor di DBP, peruntukan untuk menerbitkan judul kumpulan puisi akan dikurangkan. Ini bermakna pada masa akan datang, jumlah terbitan kumpulan puisi kemungkinan besar tidak lebih dari 10 tajuk. AVA menyarankan agar rakan ahli menerbitkannya sendiri secara dan dijual secara online. Kaedahnya adalah dengan menggunakan format pdf, AVA akan mengiklankannya di sini dan FB AVA.

Panduan :

1) Jumlah muka surat - 150 hingga 200.

2) Reka sendiri kulit luar kumpulan puisi.

3) Tukarkan format word kepada pdf. (sila layari laman web yang menyediakan perkhidmatan ini secara percuma).

4) Buat prelim. Sila rujuk buku untuk melihat prelim sesebuah buku atau novel (prelim - merujuk pada data yang mengandungi pengkatalogan, penerbitan, hakcipta dan lain-lain).

5) Pesanan akan berurusan terus dengan penulis itu sendiri melalui emel. AVA hanya akan mengiklankan sahaja di sini.

Terima kasih.

2 comments:

Ilmar Imia October 13, 2009 at 11:53 PM  

'...dari 10 tajuk...'

Yang ini pun sepatutnya 'daripada' bukan?

Bukankah 'dari' digunakan untuk masa dan tempat.

Miz Amirul November 4, 2011 at 12:24 AM  

Saya seorang yang sangat maminati penulisan berbentuk puisi.

Dan minat dalam puisi inilah yang membangkitkan semangat yang tinggi memahami nilai2 estetika dalam kehalusan satu persatu cabang sastera.

Saya sudah memiliki hampir 100 karya dalam bentuk ini dan manunggu masa untuk melihat jalan, 'Bagaiman menerbitkan hasil karya saya yang tidak seberapa ini.

Justeru, saya sangat teruja mengetahui maklumat di atas dan berterima kasih kepada pihak AVA dengan perkongsian ini.

InshaAllah, dari masa ke masa saya akan menuju jalan yang betul dalam menerbitkan kumpulan buku 'Puisi' saya yang pertama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP