Monday, June 22, 2009

Tanda Dalam Bacaan

Pihak AVA telah meneliti dan menyemak beberapa manuskrip yang dihantar oleh ahli. Ada beberapa kesilapan dalam tanda bacaan serta kesalahaan dalam tatabahasa yang perlu diperhatikan oleh penulis. Tujuannya adalah untuk memudahkan proses pengeditan dan penyemakan manuskrip yang dihantar. Apabila proses semakan menjadi cepat dan kurang kesalahan, maka kebarangkalian manuskripnya untuk diterbitkan dengan cepat adalah tidak mustahil (meskipun bergantung kepada cue terbitan).

Sikap ambil tahu ini perlu bagi seseorang penulis yang serius untuk menjadikkan bidang penulisan ini sama ada sebagai separuh masa atau sepenuh masa. Cuba perhatikan dengan teliti akan keterangan di bawah ini.

Antara kesilapan yang dikesan :



1) Tanda bacaan

a) Penggunaan " .... " (untuk dialog) :

"Saya suka makan ikan," ujar Ahmad - betul
"Saya suka makan ayam", ujar Ahmad - salah

b) Penggunaan titik dan koma (
. dan ,) - untuk dialog

"Saya suka kamu." Ahmad tersipu-sipu. - betul
"Saya suka kamu". Ahmad tersipu-sipu. - salah

"Saya suka kamu," ujar Ahmad tersipu-sipu. - betul
"Saya suka kamu", ujar Ahmad tersipu-sipu. - salah

"Saya suka kamu," ujar Ahmad tersipu-sipu. - betul
"Saya suka kamu." Ujar Ahmad tersipu-sipu. - salah

c) Pengunaan tiga titik ( ... ) - situasi tertanya-tanya atau suasana yang menimbulkan persoalan atau ayat/dialog yang belum habis.

Titik dalam dialog.
"Saya ... rasa kamu perlu makan," ujar Ahmad. - betul (mengikut standard DBP)
"Saya... rasa kamu perlu makan," ujar Ahmad. - betul (mengikut sesetengah penerbit)

Titik di pengakhiran dialog.
"Saya rasa kamu perlu makan dan...," ujar Ahmad.
"Saya rasa kamu perlu makan dan..." ujar Ahmad.
"Saya rasa kamu perlu makan dan ...." ujar Ahmad.


Dalam soal penggunaan titik tiga ini, penulis harus perhatikan sama ada mahu menggunakan yang mana satu kerana setiap penerbit kadang kala mempunyai stail in house yang berbeza-beza. Sekiranya editor penerbitan itu menggunakan stail salah satu di atas, sila patuhi kehendak mereka.

Bertemu lagi di entri lain, diharapkan rakan-rakan memberi perhatian tentang perkara ini. Ahli AVA perlulah menyemak manuskrip masing-masing sebelum menghantar ke AVA untuk memudahkan proses penyemakan. :)

5 comments:

Camellia MK (Maria Kajiwa) June 22, 2009 at 10:14 PM  

Teguran asas yang paling baik Encik Khar .

Putri Lily June 23, 2009 at 3:11 AM  

Hmm... Lily belajar sesuatu yg baru di sini. terus terang Lily katakan, dulu Lily belajar soal tanda baca tu semua dari novel2 yg Lily baca. Tapi utk membandingkan penggunaan yg berbagai cara tu, memang mengelirukan.

Bagaimana pula dengan penggunaan huruf awalan setelah (") utk dialog sambungan, sama ada nak guna huruf besar atau kecil?
Contoh:

"Saya suka kamu dan..." Ahmad berfikir sejenak sebelum menyambung,"meminati kamu."

atau

"Saya suka kamu dan..." Ahmad berfikir sejenak sebelum menyambung,"Meminati kamu."

Nampaknya makin lambatlah penghantaran manuskrip Lily atas urusan memperbaiki tanda2 ni semua.. hehe. Apapun terima kasih utk info berguna ini.

~Putri Lil~

Khar,  June 23, 2009 at 8:25 PM  

Maria - sila tegur dan tambah mana yang patut.

PL - nnt jap - alahai terhantar kat farah lak, silap orang daaa ...

Putri Lily June 24, 2009 at 1:05 AM  

Main kejap2 pulak? Khar antar apa?
takde apa2 pun? :(

~Putri Lily~

fadxiora June 24, 2009 at 7:18 AM  

walauapapun sebagai penulis, kita tak boleh terus menulis saja. kita juga perlu tahu tentang penggunaan tatabahasa dan tanda bacaan dengan lebih mendalam. Jangan terlampau taksub untuk menghabiskan manuskrip sehingga lupa dengan asas2 menulis. Jika boleh jangan terlampau mengharap bantuan editor untuk edit manuskrip kita nanti.

hanya sekadar memberi pandangan :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP