Friday, June 5, 2009

Pendapatan Bulanan Penulis?

Semalam pihak kami telah mengadakan perbincangan dengan pihak yang terlibat - berfikir bagaimana untuk menjadikan penulisan sebagai satu kerjaya tetap yang mempunyai pulangan secara bulanan dan tidak lagi hanya mengharapkan royalti yang dibayar secara berperingkat atau sekali setahun. Kami amat teruja dengan perbincangan tersebut dan kemungkinan besar akan terlibat secara langsung tidak lama lagi. Ini adalah berita baik bagi ahli AVA.

Perbincangan mencakupi segala aspek - termasuklah penjualan secara e-buku yang dapat diakses di seluruh dunia, pendapatan bulanan, promosi, perundangan, hakcipta, kebajikan penulis, bimbingan dalam penulisan dan pelbagai perkara lagi yang menyebabkan adanya consensus antara pihak penerbit dan penulis. Tujuannya adalah untuk mewujudkan win-win situation antara keduanya. Meskipun penerbitannya adalah secara digital tetapi naskhah berbentuk fizikal juga akan dilakukan berdasarkan tempahan melalui kaedah print on demand (POD).

Dan tujuan terbesar sekali adalah menyediakan ruang dan peluang kepada para penulis supaya dapat berkarya dengan tenang tanpa memikirkan lagi soal duit setiap bulan. Dengan itu, penulis mampu menggarap karya yang lebih mantap, menguja dan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pekerjaan menulis. Semuanya masih dalam perancangan dan tentunya sokongan dan kerjasama dari anda semua amat diperlukan. Sudah sampai masanya penulis-penulis di Malaysia menikmati hasil titik peluhnya dan menjadikan penulisan suatu kerjaya yang dibanggakan.

Bila lagi penulis-penulis kita dapat pergi ke tempat yang ingin dijadikan sebagai (setting) latar tempat untuk novel garapannya? Bila lagi penulis-penulis kita dapat menghasilkan karya tanpa perlu mengambil masa yang panjang? Bila lagikah hasil karya penulis kita dapat diterbitkan tanpa menunggu berbulan-bulan lama? Insya-Allah masanya akan sampai kelak. Amin.

Wuallahua'lam.
p/s : Apa pandangan anda semua?
(Kalau tiada apa-apa aral berkemungkinan besar samada hujung tahun atau selewat-lewatnya bulan Febuari tahun 2010, projek fasa 1 akan bermula).

6 comments:

Farahusain June 5, 2009 at 3:00 AM  

sangat teruja dengan berita ni...bertambah semangat saya untuk menulis...tapi yang penting bagi saya sekarang adlh menyiapkan manuskrip yang dalam pembikinan tu supaya AVA boleh menilai layakkah saya ceburi bidang ni :)

p/s: abg khar, kerja sedang bertimbun di pejabat sekarang...masa nak menulis very limited...ntah bilalah saya mampu siapkan :(

Jue June 5, 2009 at 4:42 AM  

wahhh..farah cepatnya..tadi belek2 AVA tak ada lagi citer baru ni..hehehe

Abg Khar!! saya sokong beribu peratus!..teruskan usaha ni..dan walau saya ni bukan penulis yg hebat dan baru bertatih...tapi persoalan ni dah lama berlegar2 di minda...saya pernah berbicang dengan adik saya untuk menghasilkan e-komik..hehehe dijual keseluruh dunia hanya dengan menghebahkan dalam alam maya..(online)...dan rasanya sayalah org pertama akn jadi penulis sepenuh masa kalau ada jaminan sebegini...hehehehe

Khar,  June 5, 2009 at 4:54 AM  

farah & jue - sama-samalah kita menjayakannya, Insya-Allah. aminnn.

Bie'z June 5, 2009 at 6:51 AM  

Salam
Bila baca je entri ni serius je muka dn bulat kejap mata. Saya teruja betul. Insya Allah, ini satu berita yg ditunggu-tunggu. Dah lama saya tunggu peluang mcm ni, sbb saya yg jd pnlis masa ni bimbang. Mmg masalah kewangan amat meruncing skrg ni.
Hrp prancangan ni mjd dn saya rasa penulis2 di luar sana patut sokong.
Jom sama2 kita menjayakannya.Insya Allah

Kaseh Esmiralda June 5, 2009 at 7:31 AM  

Kaseh x tau nak komen apa sbb banyak sgt yg bermain di minda tym ni...

Kyaa~~ macam korang semua jugak... im relly exited dgr berita ni...

p/s : Abg Khar, awk dh salah edit dlm manuskrip kat side bar tu... bila masa Abg baca AITDS... kan Kaseh bagi Aku,Perempuan&sesuatu... huhuhu~

Khar,  June 7, 2009 at 5:45 PM  

Salbie S - Jangan teruja saja, daftarlah sebagai ahli. :)

Kaseh - Doakan berjaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP