Showing posts with label Bengkel Berkaitan Muzik. Show all posts
Showing posts with label Bengkel Berkaitan Muzik. Show all posts

Monday, September 19, 2011

Bengkel Kelas Violin :


Sila klik sini dan sini

Read more...

Bengkel Kelas Gitar


Sila klik sini dan sini

Read more...

Saturday, June 18, 2011

Bengkel Asas Serunai : 10 Julai 2011 (Ahad)


Tarikh :
10 Julai 2011
(Ahad)

Tempat :
PKG Hulu Klang (
klik peta di sini)

Bayaran :
RM 60.00

Bayaran hendaklah disertakan dengan pendaftaran, sebarang pendaftaran yang tidak disertakan dengan bayaran adalah dikira tidak sah. Sila emel nama, kad pengenalan, alamat, perguruan (sekiranya ada) ke astakavilla@gmail.com. No akaun akan diberikan melalui emel (boleh pilih sama ada pembayaran melalui Maybank@CIMB@BSN (GIRO)

Masa :
9 pagi – 5 petang


Peserta :
Hanya untuk 10-15 orang sahaja

Sasaran :
Mereka yang benar-benar berminat dan tidak punya asas dalam bermain serunai.

Maklumat :
Serunai adalah salah satu jenis alat permainan yang sudah lama bertapak dalam dunia Melayu. Banyak dalam permainan yang melibatkan teater klasikal tradisi menggunakan peralatan ini terutama di sebelah utara dan pantai timur. Namun sehingga ini, umum masih tidak berapa mengenali alat yang bersama ’serunai’ sehingga tidak membezakannya dengan seruling atau nafiri.


Matlamat :
Mempopularkan permainan ensemble muzik gendang silat (aliran utara)


Objektif :
a) Mempelajari teknik asas permainan serunai
b) Menanam minat pada permainan muzik tradisi
c)Memperkenalkan semula peralatan serunai
d) Menghasilkan lebih ramai pemain serunai pada masa akan datang

Akhir Bengkel :
a) Praktikal secara Hands On
b) Sesi jamming bersama Kumpulan Gendang Gemala Kasturi

Peralatan :
Serunai akan disediakan


Perhatian - Makan, minum tidak disediakan!

* Menggantikan bengkel asas serunai 19 Jun 2011 yang dibatalkan.

Read more...

Monday, May 30, 2011

Bengkel Asas Serunai : 19 Mei 2011 (Ahad)

Para peserta

Bengkel yang jarang diketengahkan ini menjadi agenda AVA kali ini. Antara tujuannya adalah untuk memperkenalkan semula peralata muzik tradisi Melayu yang kini menjadi asing kepada bangsa kita sendiri. Ramai yang tidak mengenali peralatan muzik 'serunai'. Maka dengan itu, alhamdulillah sambutan yang diberikan amat menggalakan. Seramai 13 orang peserta yang datang pelbagai daerah dan negeri, serta aliran persilatan - mengambil inisiatif untuk mempelajari seni ini.

Dimulakan dengan sesi pengenalan peralatan muzik serunai, kemudian terus sahaja praktikal. Belajar dan praktik cara-cara bagaimana mahu mengambil nafas. Pelbagai aksi dan ragam yang dilihat ketika itu. Semuanya menjadikan suasana ceria dan hidup. Sebagai penganjur, AVA merasakan bahawa ini adalah suatu perkembangan baik dalam memperkenalkan muzik tradisi ini. Merasakan sumbangan ini terlalu kecil, namun sebagai menunaikan tanggungjawab bernama Melayu, bengkel ini akan diulang semula pada 19 Jun akan datang. Harapan AVA agar ia mendapat sambutan yang baik daripada umum.

KGGK membuat persembahan

Kemudian pada sebelah petang, bengkel diserikan dengan kehadiran KGGK yang menyumbangkan beberapa buah lagu dan kelas seterusnya disambung oleh Cikgu Ramli (KGGK). AVA juga bersyukur kerana dapat menyediakan 13 batang serunai untuk peserta. Ia bukan suatu perkara yang mudah, namun Allah mengizinkannya. Syukurlah sekali lagi kerana dapat memenuhi impian peserta yang hadir.

Sesi petang ini melihat bahawa semua orang mampu untuk meniup serunai sekiranya benar-benar berminat. Harapan AVA agar bengkel kedua juga mendapat sambutan seperti bengkel ini.

Terima kasih AVA ucapkan kepada rakan-rakan KGGK yang hadir untuk membantu dan menjadikan bengkel ini lengkap.

Bengkel Asas Serunai akan datang - sila klik sini.

Read more...

Monday, May 16, 2011

Bengkel Asas Serunai : 19 Jun 2011 (Ahad)

Tarikh :
19 Jun 2011
(Ahad)

Tempat :
PKG Hulu Klang (
klik peta di sini)

Bayaran :
RM 60.00

Bayaran hendaklah disertakan dengan pendaftaran, sebarang pendaftaran yang tidak disertakan dengan bayaran adalah dikira tidak sah. Sila emel nama, kad pengenalan, alamat, perguruan (sekiranya ada) ke astakavilla@gmail.com. No akaun akan diberikan melalui emel (boleh pilih sama ada pembayaran melalui Maybank@CIMB@BSN (GIRO)

Masa :
9 pagi – 5 petang


Peserta :
Hanya untuk 10-15 orang sahaja

Sasaran :
Mereka yang benar-benar berminat dan tidak punya asas dalam bermain serunai.

Maklumat :
Serunai adalah salah satu jenis alat permainan yang sudah lama bertapak dalam dunia Melayu. Banyak dalam permainan yang melibatkan teater klasikal tradisi menggunakan peralatan ini terutama di sebelah utara dan pantai timur. Namun sehingga ini, umum masih tidak berapa mengenali alat yang bersama ’serunai’ sehingga tidak membezakannya dengan seruling atau nafiri.


Matlamat :
Mempopularkan permainan ensemble muzik gendang silat (aliran utara)


Objektif :
a) Mempelajari teknik asas permainan serunai
b) Menanam minat pada permainan muzik tradisi
c)Memperkenalkan semula peralatan serunai
d) Menghasilkan lebih ramai pemain serunai pada masa akan datang

Akhir Bengkel :
a) Praktikal secara Hands On
b) Sesi jamming bersama Kumpulan Gendang Gemala Kasturi

Peralatan :
Serunai akan disediakan


Perhatian - Makan, minum tidak disediakan!

Read more...

Monday, April 4, 2011

KURSUS SEHARI ASAS SERUNAI (TUMPUAN ALIRAN UTARA) : 29 Mei 2011




Tarikh :
29 Mei 2011
(Ahad)

Tempat :
PKG Hulu Klang (
klik peta di sini)

Bayaran :
RM 60.00

Bayaran hendaklah disertakan dengan pendaftaran, sebarang pendaftaran yang tidak disertakan dengan bayaran adalah dikira tidak sah. Sila emel nama, kad pengenalan, alamat, perguruan (sekiranya ada) ke astakavilla@gmail.com. No akaun akan diberikan melalui emel (boleh pilih sama ada pembayaran melalui Maybank@CIMB@BSN GIRO)

Masa :
9 pagi – 5 petang


Peserta :
Hanya untuk 10-15 orang sahaja

Sasaran :
Mereka yang benar-benar berminat dan tidak punya asas dalam bermain serunai.

Maklumat :
Serunai adalah salah satu jenis alat permainan yang sudah lama bertapak dalam dunia Melayu. Banyak dalam permainan yang melibatkan teater klasikal tradisi menggunakan peralatan ini terutama di sebelah utara dan pantai timur. Namun sehingga ini, umum masih tidak berapa mengenali alat yang bersama ’serunai’ sehingga tidak membezakannya dengan seruling atau nafiri.


Matlamat :
Mempopularkan permainan ensemble muzik gendang silat (aliran utara)


Objektif :
a) Mempelajari teknik asas permainan serunai
b) Menanam minat pada permainan muzik tradisi
c)Memperkenalkan semula peralatan serunai
d) Menghasilkan lebih ramai pemain serunai pada masa akan datang

Akhir Bengkel :
a) Praktikal secara Hands On
b) Sesi jamming bersama Kumpulan Gendang Gemala Kasturi

Peralatan :
Serunai akan disediakan


Perhatian - Makan, minum tidak disediakan!

Read more...

Tuesday, March 22, 2011

Kursus Singkat Gendang Silat (Irama Lagu Berjalan) 19-20 Mac 2011

Gambar kenangan dengan peserta

Sebetulnya ia sudah dirancang lama, perbincangan sudah hampir dua bulan sebelum. Namun hanya pada tarikh tersebut sahaja yang penceramah dari KGGK mempunyai kelapangan. Kebanyakannya adalah ahli Pertubuhan Seni Silat Sendeng M'sia yang bertapak di Muar, Johor. Majlis bermula pada malam 19 Mac (Jumaat). Penceramah dijemput oleh salah seorang peserta dari rumah dan terus ke dewan latihan. Malam itu tidak banyak yang dilakukan, hanya mengajar beberapa pukulan dan selak yang asas sebagai pengenalan. Hampir jam 12 malam barulah sesi pertama berhenti.

Keesokan harinya pula, latihan dijalankan secara intensif. Bermula jam 10 pagi hingga lewat malam, barulah majlis selesai. Masa yang ada tidak begitu banyak, maka para peserta dilatih tubi dengan giat supaya dapat mengingati pelajaran. Sementara seorang pemain serunai sudah boleh meniup dan ditambah sedikit lagu-lagu yang perlu dilatihkan apabila penceramah pulang. Seorang lagi alhamdulillah dapat juga mengambil nafas pada lewat tengahari. Teknik dan modul yang digunakan adalah bersesuaian dan dapat sedikit sebanyak memperkenalkan pukulan yang ringkas agar mudah difahami.

Pada malam tersebut, beberapa orang kuat Sendeng hadir untuk melihat perkembangan peserta. Alhamdulillah, di sesi tersebut para peserta dapat bermain muzik gendang silat, irama lagu berjalan dengan baik. Akan datang, sesi ini akan diadakan lagi, Insya-Allah. Kemungkinan dalam bulan April atau Mei.

Berita di blog salah seorang peserta : klik sini

Read more...

Tuesday, February 22, 2011

Bengkel Gendang Silat Aliran Utara (Asas Lagu Berjalan) Siri 2 : 19- 20 Feb 2011

Meskipun ramai peserta bukan dari bengkel gendang silat siri :1, namun kehadiran peserta siri 2 penuh semangat dan iltizam mahu menguasai permainan ini. Kehadiran peserta seramai 14 orang ini sedikit sebanyak menyuntik semangat para pembimbing (KGGK) untuk meneruskan perjuangan dalam mengembangkan irama gendang silat aliran utara. Kali ini penganjur bersama, Biro Kebudayaan GPMS, cawangan Melaka, Encik Huzaifah, menjemput kami untuk tinggal di homestay yang baru siap dibina di kawasan rumahnya. AVA dan KGGK berterima kasih amat atas tempat penginapan yang begitu selesa.

Peserta kali ini terdiri anak-anak muda yang kebanyakannya berlatar beladiri seni silat. Ada juga yang mempunyai asas dan pengalaman bermain gendang silat aliran Melaka. Dan ada pula dari latarbelakang yang lain, namun semuanya dapat mengikuti bengkel ini dengan jaya. Tambahan pula, penyediaan tempat bengkel amat selesa, sama seperti bengkel pertama. Paling menyeronokan adalah apabila salah seorang peserta dari bengkel pertama sudah mampu meniup irama serunai tanpa 'putus angin' untuk menyambung 'nyawa'. Syukurlah.

Moga-moga pihak penganjur akan menganjurkan lagi bengkel yang seumpama ini pada masa akan datang. Terima kasih kepada GPMS Cawangan Melaka, peserta yang hadir, para pembimbing, juga tidak dilupakan kepada barisan guru-guru silat yang turut hadir sama menyertai bengkel kali ini. Tahniah diucapkan kepada semua.

Bengkel siri : 1, sila klik sini.

Read more...

Wednesday, December 1, 2010

Bengkel Gendang Silat Aliran Utara - Siri 2 (Asas Lagu Berjalan) : 19-20 Feb 2011

Maklumat :

Bengkel ini adalah kesinambungan dari bengkel yang lepas. Julung kalinya diadakan di Melaka, anjuran GPMS cawangan Melaka dengan kerjasama AVA dan KGGK berlangsung dengan jayanya alhamdulillah. Siri ke-2 ini bertujuan untuk menyambung pelajaran dalam siri-1. Pelajaran berkisar lagu berjalan, yakni lagu-lagu bercorak selingan dan hiburan untuk menyediakan/membiasakan calon perserta pada permainan gendang silat pada bengkel yang seterusnya.

Anjuran :
GPMS, Cawangan Melaka

Pembimbing :
Kumpulan Gendang Gemala Kasturi (KGGK)

Tujuan :

1) Mendedahkan kepada umum tentang permainan gendang silat aliran utara.
2) Memberi peluang kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajarinya
3) Mengembangkan lagi seni budaya permainan gendang di kalangan umum
4) Merupakan satu wadah untuk menarik umum, terutamanya di kalangan remaja dan anak muda untuk mengenali budaya Melayu

Laporan bengkel siri- 1 yang lepas, di sini.

Read more...

Monday, November 8, 2010

Bengkel Gendang Silat Aliran Utara (Asas Lagu Berjalan) : 6 - 7 Nov 2010


Salam hormat. Mengujakan... Mengendalikan dua bengkel serentak adalah suatu yang memenatkan tetapi seronok. Tambahan pula tenaga kerja AVA hanya sedikit, dan tentulah kerjasama yang diterima pihak pembimbing dan yang menjemput AVA amatlah melegakan. Alhamdulillah. Bengkel yang dijangkakan diadakan di KL terpaksa dipindahkan ke bumi Melaka kerana kekurangan perserta dan kos menjadi tinggi semerta.

Terima kasih AVA ucapkan kepada sdr Abu Huzaifah yang sanggup menjadi tuan rumah/ penganjur pada bengkel ini. Di bawah bendera GPMS [cawangan Melaka], kerjasama KGGK dan AVA, bengkel gendang silat yang sudah sekian lama tidak dianjurkan, berjaya terlaksana akhirnya di Melaka. Bertambah mengujakan apabila kehadiran perserta veteran yang menjadi semangat pembakar kepada perserta yang jauh lebih muda.

Pembelajaran asas dimulakan dengan penerangan serba-sedikit dan pembahagian kumpulan berjalan lancar. Ia dibahagikan pada dua kumpulan; serunai dan gendang. Tenaga pengajar dari KGGK menunjukan komitmen yang tidak berbelah-bahagi. Memandangkan bengkel yang lebih 80 persen bersifat praktikal, jadual yang dijangkakan berkakhir jam lima petang disambung hingga ke malam. Menurut KGGK, tujuannya untuk seboleh mungkin perserta tidak pulang kosong tangan. Sambil bengkel berjalan AVA beberapa kali menghantar pesanan ringkas dan menelefon kepada sdr Farid yang mengendalikan bengkel penulisan skrip drama yang 7 hari bulan untuk bertanyakan keadaan.

Bagi yang meniup serunai, semuanya berjaya melepasi tahap 1, 2 dan 3. Begitu juga dengan pembelajaran gendang yang dilunasi oleh KGGK. Syukur alhamdulillah, di akhir bengkel, para peserta berjaya membuat persembahan. Moga-moga pihak GPMS [cawangan Melaka], dapat menganjurkan bengkel yang seumpama pada masa akan datang, amin, insya-allah. Terima kasih diucapkan kepada sdr Huzaifah (GPMS cawangan Melaka) dan KGGK.

p/s : Semoga para perserta dapat mengambil manfaat dari bengkel ini.

Laporan di blog KG Gemala Kasturi

Read more...

Tuesday, October 12, 2010

Bengkel Gendang Silat (asas lagu selingan)

Kata putus sudah dicapai, bengkel gendang silat (asas lagu selingan@berjalan) akan diadakan di Melaka pada 6 - 7 November. Kepada yang berminat, sila klik sini.

Terima kasih, harap maklum.

Read more...

Saturday, October 9, 2010

Bengkel Gendang Silat

Bengkel yang ditangguhkan pada 30-31 itu kemungkinan akan diadakan pada 6 dan 7 November 2010 di Melaka sekiranya tiada apa-apa aral. AVA masih menanti kata putus dari wakil perserta di sana.

Read more...

Friday, October 8, 2010

Bengkel Gendang Silat

Bengkel gendang silat yang dijangkakan berlangsung di Rumah PENA pada 30-31 Oktober akan ditangguhkan ke tahun hadapan disebabkan kurang penyertaan di sini. Namun ia akan dipindahkan ke Melaka (dijangkakan dalam bulan Mac) atas permintaan perserta di sana. Harap maklum.

Read more...

Monday, July 19, 2010

Bengkel Gendang Silat Aliran Utara 1 : 6 - 7 Nov 2010 (Asas Lagu Berjalan @ Selingan @ Rakyat)


Pembimbing : Kumpulan Gendang Gemala Kasturi (KGGK)
Cerita tentang bengkel, sila klik KGGK untuk melihat keterangan lanjut bengkel oleh KGGK.

Tarikh : 6-7 November 2010 (Sabtu - Ahad)
Masa : 9 pagi - 5 petang

Tempat : Dewan Seminar HR Centre,
No 52A, Jalan Melaka Raya 20,
Taman Melaka Raya,
75000, Melaka.

Sila hubungi Encik Huzaifah di talian 012-6820460
Anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Bukit Baru, Melaka (GPMS)
dengan kerjasama KGGK dan AVA

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP