Pertukaran Nama Agensi Villa Aksara ---> Astaka Villa Aksara
Salam hormat.
Makluman buat ahli AVA dan pelayar blog ini.
Memandangkan AVA dengan izin Allah dapat berkembang dengan seadanya, saya sebagai penganjur memikirkan satu kaedah untuk membawa AVA berhijrah lebih jauh lagi. Setelah berbincang dengan beberapa ahli AVA lain, saya mengambil keputusan untuk mendaftarkan AVA dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Tujuannya bagi membolehkan AVA bergerak sebagai suatu entiti yang sah di sisi undang-undang dan mengelakkan perkara berbangkit di kemudian hari.
Alhamdulillah hari AVA berjaya didaftarkan. Hanya nama sahaja yang ditukar, kerana SSM tidak membenarkan penggunaan perkataan 'agensi'. Kelam-kabut juga memikirkan nama baru untuk menggantikan 'agensi' agar singkatan AVA itu kekal. Alhamdulillah, perkataan 'astaka' melintasi benak. Saya bertafakur sebentar dan merenung perkataan 'astaka' dalam-dalam. Setelah berpuashati, barulah saya mencatatkan di ruangan yang disediakan.
Maka dengan itu, bermulah episod baru Astaka Villa Aksara atau dengan singkatannya AVA sebagai sebuah entiti/ badan sah yang berdaftar dan menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan sastera dan penulisan.
Maksud (sila klik) 'astaka'.
Nama pada kepala blog dan lambang AVA juga akan diubah dalam masa yang terdekat.
Terima kasih atas sokongan semua, khususnya ahli AVA.
Read more...