Teguran
Salam hormat.
Alhamdulillah setakat ini beberapa cerpen karya ahli AVA sudah tersiar di akhbar dan majalah. Namun ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian agar tidak mengulangi kesilapan/perkara yang sama. Ia tidak besar, tetapi bagi saya yang membaca dan memerhatikannya terlalu jelas di mata. Kesilapan /perkara yang perlu diberi perhatian :
1) Titik selepas habis ayat perlu dirapatkan.
2) Koma selepas dialog perlu dirapatkan.
3) Pembuka dan penutup dialog perlu rapat pada dialog.
4.) Tidak meletakkan muka surat (ini bagi yang menghantar kepada saya terlebih dahulu untuk disemak sebelum dihantar ke mana-mana akhbar/majalah)
5.) Glosari perlu disertakan pada akhir cerpen. Pembaca di luar tidak memahami terutamanya perkataan arkaik atau istilah-istilah dalam disiplin pekerjaan.
6.) Menyertakan tajuk dan nama penulis di awalan cerpen sebelum kisah cerpen bermula.
Kadangkala editor juga tidak perasan tentang perkara tersebut kerana terlalu banyak cerpen yang diterima dan perlu dibaca. Harapan saya agar rakan-rakan ahli AVA dapat membantu editor dalam meringankan kerja-kerja mereka; terutama hal-hal kecil seperti yang dinyatakan di atas.
Kepada ahli AVA - terus sahaja menukang dan berusaha menghantar karya, moga-moga tersiar, amin. Jangan putus asa. Ada masa karya kita terbit agak cepat, ada kala lambat. Tapi jangan terlalu gopoh menghantar kepada editor untuk menarik semula karya tersebut. Biarkan dalam masa dua atau tiga bulan. Kemudian hantarlah emel untuk menarik balik karya tersebut.
Read more...